Privacy Statement: Malaysia (Malay)
1 Janji Privasi Kami
Kami bermatlamat untuk mewujudkan suatu budaya di mana setiap warga Vodafone mempunyai kemahaman yang jelas tentang betapa pentingnya privasi kepada pada pekerja kami dan cara untuk memastikan privasi tesebut dihormati. Janji Privasi kami menetapkan prinsip-prinsip yang mengawal pendekatan kami terhadap privasi dan cara kami berkomunikasi dengan pekerja-pekerja, pekongsi-pekongsi dan pihak-pihak berkepentingan lain mengenai isu-isu berkaitan – seperti mereka bentuk produk bagi melindungi privasi atau memberikan kerjasama kepada penguatkuasaan undang-undang.
Prinsip-prinsip privasi Vodafone adalah seperti berikut:
Cara kami beroperasi
- Kebertanggungjawapan: kami bertanggungjawab untuk mematuhi prinsip-prinsip ini di seluruh keluarga korporat kami, termasuk apabila bekerja bersama para pekongsi dan pebekal kami. Kami melaksanakan langkah-langkah pematuhan privasi yang bertanggungjawab serta memantau dan menguatkuasakan pematuhan terhadap prinsip-prinsip ini;
- Keadilan dan kesahihan: kami mematuhi undang-undang privasi dan bertindak dengan integriti dan keadilan. Kami akan bekerjasama dengan kerajaan, pengawal selia, penggubal dasar dan pembentuk pendapat untuk undang-undang dan standard privasi yang lebih baik dan bermakna;
- Ketelusan dan Kejujuran: kami berkomunikasi dengan jelas tentang tindakan-tindakan yang kami ambil yang boleh memberi kesan kepada privasi, kami memastikan tindakan kami mencerminkan kata-kata kami dan kami terbuka kepada maklum balas tentang tindakan kami;
- Pilihan dan akses: kami memberi individu keupayaan untuk membuat pilihan yang mudah dan bermakna tentang privasi mereka dan membenarkan individu, jika sesuai, untuk mengakses, mengemas kini atau memadamkan maklumat peribadi mereka.
Cara kami mengurus dan melindungi maklumat
- Pengurusan Data yang Bertanggungjawab dan pendedahan terhad: kami mengamalkan pengurusan data yang sesuai untuk mentadbir pemprosesan maklumat peribadi. Kami memilih pekongsi-pekongsi yang memproses maklumat peribadi dengan berhati-hati dan kami mengehadkan pendedahan maklumat peribadi kepada pekongsi tersebut sebgaimana yang diterangkan dalam pernyataan privasi kami atau sebagaimana yang telah dibenarkan oleh pekerja kami;
- Perlindungan keselamatan: kami melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi daripada akses, penggunaan, pengubahsuaian atau kehilangan yang tidak dibenarkan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Cara kami mereka bentuk produk dan perkhidmatan kami
- Privasi mengikut Reka Bentuk: menghormati privasi adalah komponen utama dalam reka bentuk, pembangunan dan penyampaian produk dan perkhidmatan kami
Bagaimana kita membuat keputusan
- Keseimbangan: apabila kami dikehendaki mengimbangi hak privasi dengan kewajipan-kewajipan lain yang diperlukan untuk satu masyarakat yang bebas dan selamat, kami berusaha untuk meminimumkan kesan terhadap privasi.
2 Siapa Kami
Vodafone Global Enterprise (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pengawal maklumat peribadi anda. Kami adalah ahli Vodafone Group dan menguruskan operasi HR, termasuk pemprosesan maklumat peribadi berkenaan pekerja-pekerja dan pemohon-pemohon kepada syarikat Vodafone yang sedang anda pohon.
Pejabat berdaftar kami adalah di Suite 13.03, 13th Floor Menara Tan & Tan, 207 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50400 Malaysia. Kami berdaftar di Malaysia under company number 907777-D. Kami memberikan butiran tentang cara menghubungi kami dalam How to contact us dalam pernyataan privasi ini.
3 Tafsiran-Tafsiran
Dalam pernyataan privasi ini:
“kami ” bermaksud Vodafone Global Enterprise (Malaysia) Sdn Bhd;
“pihak ketiga” bermaksud seseorang yang bukan anda atau kami atau sebahagian daripada Vodafone Group; dan
“Vodafone Group” bermaksud Vodafone Group Plc dan mana-mana syarikat atau organisasi lain di mana Vodafone Group Plc memiliki 50% atau lebih daripada modal saham
4 Perkara Asas
4.1 Maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan
4.1.1 Vodafone (sendiri atau bagi pihaknya) akan memproses maklumat peribadi anda berdasarkan:
- Kepentingan perniagaan sah Vodafone, apabila anda memohon satu peranan di Vodafone, anda memberikan maklumat peribadi anda kepada kami dan bersetuju bahawa kami boleh menggunakan maklumat ini untuk menilai permohonan anda, memajukan permohonan anda melalui proses pengambilan, membuat keputusan tentang kesesuaian anda untuk peranan tersebut dan menghubungi anda sepanjang proses pengambilan
- Persetujuan yang anda berikan, kami mungkin akan meminta anda memberikan maklumat secara sukarela, termasuk contohnya kumpulan umur dan jantina anda. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan mengedit profil calon anda.
- Pematuhan undang-undang, di mana maklumat tertentu diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan.
4.1.2 Cara kami mengumpul maklumat peribadi tentang anda
Kami mengumpul maklumat peribadi tentang anda apabila anda mendaftarkan minat umum atau membuat permohonan untuk peranan tertentu di Vodafone. Beberapa maklumat yang kami kumpulkan tentang anda adalah diperlukan untuk membuat penilaian ke atas permohonan anda kepada Vodafone dan menghubungi anda semasa anda meneruskan proses pengambilan, contohnya nombor telefon, alamat e-mel, CV anda. Adalah wajib bagi anda untuk memberikan kami maklumat peribadi yang diminta oleh Vodafone dan jika anda tidak memberikan maklumat ini maka kami tidak akan dapat membuat penilaian permohonan anda atau menghubungi anda untuk menjemput anda bagi tujuan menemuduga, atau membuat tawaran kepada anda. Kami mungkin akan mengumpul maklumat tentang anda daripada agensi pengambilan atau daripada internet awam di mana anda telah menyediakan maklumat ini tersedia kepada umum, contohnya, kami mungkin menemui profil anda di LinkedIn dan menghubungi anda tentang peranan yang sesuai.
4.1.3 Jenis-jenis maklumat yang mungkin kami kumpulkan tentang anda adalah, contohnya:
- Butiran peribadi, seperti nama, alamat e-mel peribadi, alamat semasa, nombor telefon;
- Maklumat pengambilan, seperti borang permohonan (laman web dan kertas), CV, resume, nota temuduga calon yang berjaya, nota temuduga calon yang tidak berjaya, temu duga video, rujukan daripada majikan terdahulu, keputusan ujian psikometrik;
- Maklumat calon dalaman, seperti rujukan yang diberikan oleh Vodafone, nota temu duga, pemindahan dalaman atau kenaikan pangkat, dokumen perancangan penggantian;
- Maklumat pengenalan, seperti bukti identiti;
- Maklumat pengesahan, nama pengguna dan kata laluan untuk portal pengambilan;
- Kuki (cookies), seperti kuki prestasi dan fungsi.
Kami juga boleh memproses maklumat peribadi sensitif tentang anda – tetapi hanya jika ini seketatnya diperlukan untuk menilai kesesuaian anda untuk peranan yang telah anda mohon. Sebagai contoh,
- Kami mungkin akan mengumpul rekod sabitan jenayah atau hak untuk bekerja di negara yang anda mohon untuk melakukan pemeriksaan latar belakang keselamatan di mana ia adalah dikehendaki oleh undang-undang tempatan;
- Kami mungkin akan mengumpul maklumat seperti umur, jantina atau kewarganegaraan anda untuk menilai siapa yang memohon peranan di Vodafone untuk memenuhi sasaran kami untuk kepelbagaian dan keterangkuman – tetapi hanya di mana anda memberikan maklumat ini secara sukarela dan memberikan persetujuan untuk kami memproses maklumat ini.
4.2 Cara kami menggunakan maklumat tentang anda
Kami mungkin memproses maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda untuk tujuan berikut:
- Merekrut individu ke dalam pekerjaan, maklumat yang anda berikan kepada kami akan dikongsi dengan syarikat Vodafone yang anda mohon untuk menilai dan memajukan permohonan kerja anda dan untuk membuat sebarang pengesahan yang diperlukan oleh undang-undang tempatan. Jika anda memohon lebih daripada satu kekosongan, maklumat anda akan dikongsi dengan setiap syarikat Vodafone tempat anda telah memohon;
- Sumber untuk pekerjaan, jika anda mendaftarkan minat umum untuk meneruskan kerjaya dengan Vodafone, maklumat yang anda berikan akan dikekal oleh kami dan dicari oleh pekerja-pekerja Vodafone untuk membantu kami mengisi kekosongan masa hadapan. Jika anda memohon kekosongan tertentu dan anda tidak berjaya, maklumat yang anda berikan kepada kami akan dikekalkan supaya kami boleh mempertimbangkan anda untuk kekosongan jawatan yang sesuai pada masa hadapan – tetapi hanya di mana kami telah mengumpul persetujuan anda untuk berbuat demikian;
- Menubuh rekod pekerja, jika permohonan kerja anda berjaya, maklumat yang anda berikan semasa proses permohonan akan menjadi sebahagian daripada rekod pekerja anda dan akan digunakan untuk mentadbir pekerjaan anda dan menguruskan kerjaya anda di Vodafone;
- Analitik-analitik, kami mungkin menggunakan sebahagian maklumat peribadi yang anda berikan untuk pelbagai tujuan pelaporan termasuk, contohnya, untuk melaporkan sasaran kepelbagaian kami atau jenis calon dan jumlah permohonan yang dibuat kepada Vodafone dan arah aliran yang berkaitan – anda tidak akan dikenal pasti secara peribadi daripada laporan ini;
- Saringan, dalam keadaan tertentu kami akan membuat keputusan automatik mengenai kesesuaian permohonan anda berdasarkan kriteria tertentu. Contohnya, graduan mesti mahir dalam bahasa Inggeris dan telah menamatkan ijazah universiti untuk dipertimbangkan untuk peranan di Vodafone – kami akan membawa perkara ini kepada perhatian anda di mana sahaja kami mengumpul maklumat untuk membuat keputusan automatik tentang anda.
- Kuki, kami menggunakan kuki untuk memahami cara anda menggunakan laman web pengambilan kami dan bolehkan kami meningkatkan pengalaman pelanggan.
- Mendapatkan kelulusan kawal selia dan tujuan pematuhan.
- Pematuhan undang-undang dan sebarang pindaan yang berkuat kuasa.
- Untuk tujuan lain yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang.
- Untuk apa-apa tujuan sampingan, sampingan atau lanjutan kepada tujuan yang disebutkan di atas.
4.3 Dengan siapa kami berkongsi maklumat anda
Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi tentang anda dengan:
- Syarikat lain dalam Kumpulan Vodafone, yang akan memproses maklumat peribadi anda semata-mata dan sahaja, untuk tujuan dalam Seksyen 4.2;
- Pihak ketiga, seperti agensi pengambilan, penyedia ujian dan lain-lain yang membantu kami mengisi kekosongan dan menilai kesesuaian calon dan permohonan kemajuan. Di mana kami menggunakan pihak ketiga, Vodafone memastikan bahawa mereka memenuhi standard privasi dan keselamatan yang sama seperti Vodafone;
- Sekiranya diperlukan, agensi penguatkuasaan undang-undang, badan kerajaan, organisasi kawal selia, mahkamah atau pihak berkuasa awam lain, atau diberi kuasa oleh undang-undang;
- Pihak atau badan ketiga di mana pendedahan sedemikian diperlukan untuk memenuhi mana-mana undang-undang yang berkenaan, atau keperluan undang-undang atau kawal selia yang lain.
4.4 Lokasi kami memproses maklumat anda
Dalam melakukan perkara di atas, kami mungkin perlu memindahkan maklumat peribadi tentang anda kepada syarikat lain dalam Vodafone Group atau pihak ketiga yang terletak (atau yang pelayannya mungkin terletak) di negara di luar negara tempat anda telah memohon, termasuk India, Singapura, Hong Kong, China, Australia, UK, US, European Economic Area (EEA) dan apa-apa negara yang lain yang perlu untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di Sekysen 4 ‘Perkara Asas’ di dalam pernyataan privasi ini. Jika kami menghantar maklumat peribadi tentang anda ke negara lain, kami akan memastikan bahawa terdapat asas undang-undang untuk pemindahan tersebut dan maklumat peribadi anda dilindungi dengan secukupnya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan (jika ada), contohnya, dengan menggunakan perjanjian standard yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan dengan memerlukan penggunaan langkah teknikal dan organisasi lain yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi anda. Sila hubungi individu yang relevan yang dinyatakan di Seksyen 7 dibawah jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara kami mematuhi kewajipan undang-undang kami berhubung dengan pemindahan data antarabangsa. Butiran hubungan mereka boleh didapati di bawah Seksyen 7 ‘Cara menghubungi kami’ dalam pernyataan privasi ini.
4.5 Tempoh kami mengekal maklumat tentang anda
Kami akan mengekal maklumat anda selama yang diperlukan untuk proses pengambilan. Jika anda berjaya, kami akan mengekal maklumat anda sepanjang tempoh pekerjaan anda, sekiranya anda ingin memohon peranan lain dalam Vodafone. Jika kami tidak dapat menawarkan peranan kepada anda, kami mungkin akan mengekal maklumat anda sehingga 2 tahun untuk menghubungi anda tentang peranan masa depan yang mungkin menarik minat anda, tetapi hanya jika kami telah mengumpulkan persetujuan anda untuk berbuat demikian – anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dalam profil calon anda.
Kami akan menganonimkan maklumat anda mengikut dasar pengekalan kami dan mungkin mengekalkan rekod tanpa nama tersebut untuk memantau keberkesanan proses pengambilan kami. Sebagai contoh, kami mungkin membuat laporan untuk memahami kewarganegaraan yang telah memohon peranan dengan Vodafone dalam tempoh 12 bulan yang lalu – anda tidak akan dikenal pasti dalam laporan ini dan anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan mengemas kini maklumat dalam profil calon anda.
5 Hak anda
- Hak untuk membetulkan atau mengemas kini maklumat: sekiranya maklumat peribadi anda tidak tepat, anda berhak untuk membetulkan atau mengemas kini maklumat peribadi yang kami proses mengenai anda. Jika maklumat yang kami proses mengenai anda perlu dikemas kini, atau anda berpendapat bahawa maklumat tersebut mungkin tidak tepat, anda boleh mengemas kini maklumat anda dalam profil calon anda
- Hak untuk mengakses: Mahukan salinan maklumat peribadi yang kami kekal mengenai anda? Anda boleh memohon salinan maklumat peribadi anda dengan menulis kepada AskHR-AMAP@vodafone.com;
- Hak untuk membantah: anda mempunyai hak untuk membantah Vodafone memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan yang dikenal pasti dalam Seksyen 4.2 Cara kami menggunakan maklumat tentang anda. Ini termasuk, contohnya, di mana kami membuat keputusan automatik tentang anda untuk tujuan saringan. Jika anda ingin membantah pemprosesan, anda boleh mengubah suai permohonan anda dalam profil calon anda, atau menarik balik permohonan anda. Anda boleh membuat permintaan bantahan atau membantah keputusan automatik yang telah kami buat tentang anda dengan menulis kepada AskHR-AMAP@vodafone.com;
- Hak untuk memadam: dalam keadaan tertentu anda berhak untuk meminta kami memadamkan maklumat peribadi yang kami kekal tentang anda. Anda boleh meminta maklumat anda dipadamkan dengan menulis kepada AskHR-AMAP@vodafone.com;
- Hak untuk menyekat/mengehadkan penggunaan maklumat anda: jika anda merasa maklumat peribadi yang kami kekal tentang anda adalah tidak tepat atau percaya kami tidak sepatutnya memproses maklumat peribadi anda, anda mungkin mempunyai hak untuk meminta kami menyekat pemprosesan maklumat tersebut. Anda boleh meminta untuk menyekat pemprosesan dengan menulis kepada AskHR-AMAP@vodafone.com;
- Hak untuk mudah alih data: dalam keadaan tertentu anda mempunyai hak untuk mengambil maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami bersama anda. Anda boleh meminta salinan maklumat peribadi anda dengan menulis kepada AskHR-AMAP@vodafone.com
6 Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini
Pernyataan privasi ini dikemas kini dari semasa ke semasa, oleh itu kami menggalakkan anda untuk menyemaknya dengan kerap di portal pengambilan. Jika kami melakukan perubahan besar, kami akan menyiarkannya di portal pengambilan yang akan anda gunakan untuk membuat permohonan anda.
Sekiranya terdapat percanggahan diantara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu pernyataan privisi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
7 Cara menghubungi kami
Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut tentang pernyataan privasi ini atau cara kami memproses maklumat anda atau jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini, sila hubungi:
Jawatan: Deputy General Manager, Cross Country & International AskHR
Jabatan: HR Shared Services
Nombor Telefon: +91 7767811594
E-mel: ravish.thakur@vodafone.com
Albania
Czech Republic
Deutschland
Greece
Ireland
Italy
Luxembourg
Netherlands
Portugal
Romania
Spain
United Kingdom
Asia-Pac Middle East
Turkey
DR Congo
Egypt
Ghana
Kenya
Lesotho
Mozambique
Nigeria
South Africa
Tanzania